Bunyi guruh dan pancaran kilat sememangnya tidak asing bagi kita yang berada di negara beriklim tropika.
Namun apa yang paling ditakuti ketika fenomena tersebut sedang ‘mengamuk’ adalah panahan petir yang mampu menghanguskan apa jua benda yang disambarnya.
Di Amerika Syarikat (AS) , Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) merekodkan 47 kematian manakala 246 orang lagi dilaporkan cedera disambar petir pada 2006.
Di negara ini pula, angka kematian dan purata mereka yang disambar petir tidak direkodkan secara terperinci namun saban tahun kita pasti mendengar kes ini berlaku.
Selain kematian manusia, arus elektrik yang dihasilkan panahan juga mampu membinasakan barangan elektrik di rumah dan aset yang penting kepada negara seperti stesen janakuasa elektrik.
Justeru, atas kesedaran mengenai kemusnahan yang mampu dihasilkan oleh kilat, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Perlindungan Kilat (CELP).
Pengarahnya, Dr. Mohd. Abidin Ab. Kadir berkata, CELP merupakan salah sebuah institusi di dunia yang diwujudkan khas untuk mengkaji serta mempromosi kejuruteraan yang terbukti dari segi saintifik dan fizik untuk terhadap perlindungan daripada bahana kilat.
”Terdiri daripada para saintis dari seluruh dunia, CELP ditubuhkan bertujuan mempertingkatkan pengetahuan tentang keselamatan dan perlindungan kilat di Selatan Asia dan negara-negara membangun.
”Antara saintis yang menyertainya adalah dari AS, Colombia, Mexico, Sweden, Sri Langka, Malaysia, India, Bangladesh, dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE),” katanya pada sidang akhbar mengenai penubuhan CELP di Serdang baru-baru ini.
Beliau yang juga pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan UPM menjelaskan, CELP sebelum ini berpusat di Sri Lanka namun bermula tahun ini, ia berpindah ke Fakulti Kejuruteraan UPM sekali gus mencatatkan sejarah apabila universiti itu merupakan satu-satunya institusi akademik di dunia yang memiliki pusat tersebut.
Melalui sokongan daripada saintis seluruh dunia, CELP dilihat mampu menjadi sebuah institusi pelopor di dunia bagi mempromosi kaedah pembuktian saintifik dan teknik dalam penyelidikan, pendidikan dan aplikasi kilat.
CELP turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan makmal untuk menguji komponen sistem yang berkaitan kilat dan penukaran impuls.
Selain itu, CELP juga menyediakan khidmat nasihat untuk orang ramai, agensi kerajaan mahupun pihak swasta berkenaan keselamatan kilat melalui tenaga pakar yang sedia ada.
Antaranya khidmat nasihat yang diberikan adalah seperti tugasan dalam ancaman, pengurusan risiko, ujian bebas dan pembumian, penyeliaan tapak dan pelbagai lagi.
Source: Utusan Melayu, By ASHRIQ FAHMY AHMAD. 18 Mar 2010
Related Post
Saving lives and improving thunderstorm forecasting in Malaysia
SB Safety Network Foundation launches Philippine-wide lightning detection network
TOA Systems And MetraWeather Asia Expand Pan-ASEAN Lightning Network
TOA’s Australian lightning network partnership with MetraWeather
TOA Systems provides Bangladesh’s first lightning system
Contact Us
Learn more about our High Precision Lightning Detection and Warning Alert System.
Contact Us Now!